Dalam istilah melayu wayang di ambil dari kosa ‘wayang kulit’. Wayang kulit lahir dari bayang patung-patung watak yang dibuat dari kulit lembu. Mungkin kerana mahu menyedapkan lidah melayu menyebut, dari bayang kulit maka lahirlah wayang kulit. Begitu juga Makkah mendapat nama dari sebutan Bakkah. Pada kesempatan ini, ingin saya ulas persoalan Islam dan wayang kulit. Ada beberapa isu berbeda yang perlu dinilai secara berasingan berkaitan wayang kulit. Persoalan pertama ialah cerita atau tema yang dibawa dalam wayang kulit itu. Ini yang dipertikaikan. Banyak wayang kulit memainkan cerita-cerita yang dipetik dari Hikayat Mahabrata dan Ramayana. Kisah khurafat Sri Rama, Sita Dewi dan monyet putih, Dewa Hanuman. Kisah ini bukan sahaja dalam wayang kulit dipertikaikan, bahkan dalam medium lain pun ianya amat bercanggah dengan ajaran Islam.
Pada bahagian kedua pula ialah penggunaan lukisan berbentuk patung watak manusia. Sarjana Islam berbeza pendapat dalam hal ini. Mereka sepakat dalam hal ukiran berbentuk patung makhluk hidup. Dan berbeza dalam lukisan. Pun begitu sebarang lukisan yang menggambarkan kepercayaan agama lain adalah dilarang. Seri Rama dan Sita Dewi ialah kepercayaan penganut agama Hindu.
27 Juni 2009
Wayang Kulit
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar